Inginku dakap bulan itu supaya bulan itu terus berada dalam dakapanku setiap masa dan waktu ..
Aku inginkan bulan yang terang , apabila bulan itu bertukar warna maka gelaplah seluruh pandanganku..
Adakah
aku bermimpi sedangkan aku masih berjaga didalam kehidupan yang penuh
sawang-sawang kejahatan .. Adakah aku mampu melindungi diriku daripada
sang syaitan . Aku tak mampu . Biarlah aku berada diawangan-awangan ,
biarkan diriku dibelai angin . Biarkan aku merasa jiwa angin itu bila
ianya membelai seluruh tubuhku . Aku inginkan jiwa . Bila aku terjatuh
dan balik pada dunia asalku , akanku tunjuk dan buktikan kepada semua
orang yang begitu mengangkat tinggi kata-katanya sehinggakan aku tidak
berkata-kata . Biarkan aku pula yang mengangkat tinggi kata-kataku suatu
hari nanti . Dan pada masa itu , engkau dan engkau akan merasa duduk
diatas awan itu bukanlah suatu angan-angan tetapi ianya suatu impian
yang tidak pernah engkau impikan dalam hidup kau dan kau .. Biarlah
hujan melimpah ke bumi biarkan . Jangan engkau mempersoalkan hidup
manusia yang tidak sempurna itu . Bila kau jatuh dan jatuh , kecacatan
yang dia ada akan diberi pada engkau dan kesempurnaan engkau diberi
kepada dia .
p/s bila sudah berjaya jangan membongkak kerana ianya bukan untuk selamanya .

No comments:
Post a Comment